Sistem pemerintah telah alami beberapa serangan siber canggih, PM Lee

YANGON (MYANMAR): Keputusan memutuskan talian Internet bagi komputer kerja pegawai awam adalah amat perlu bagi melindungi data pemerintah, tegas Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Encik Lee mendedahkan Singapura telah mengalami beberapa serangan siber yang canggih ke atas sistem pemerintah sejak beberapa tahun lalu.

"Dan kami mengambil serius ancaman keselamatan ini," tekan beliau.

Perdana Menteri menjelaskan langkah pemerintah itu semasa bertemu wartawan  bagi menggulung lawatan tiga-harinya ke Myanmar,

Semalam, akhbar The Straits Times melaporkan kesemua 100,000 komputer rasmi yang digunakan pegawai awam tidak akan dihubungkan ke Internet mulai Mei tahun depan.

 

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.