Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem rawat air sementara dipasang di Ubin bagi pastikan bekalan air bersih

Feb 01, 2016 | 05:45 AM



AGENSI-AGENSI pemerintah sedang berusaha membawa unit rawatan air yang lebih lengkap ke Pulau Ubin tidak lama lagi demi memastikan penduduk dan peniaga di situ mendapat bekalan air yang bersih.


Sementara menunggu pemasangan sistem air bersih itu, satu sistem rawatan air sementara telah dipasang di tiga daripada tujuh kedai makanan di pulau tersebut.


Ini supaya peniaga makanan dan minuman di pulau berkenaan tidak lagi perlu memasak air bagi kegunaan air mentah daripada perigi atau paip.


Ini dinyatakan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, semasa melawat pulau itu semalam.


"Dalam jangka panjang, kami perlu melihat perancangan lebih lama bagi Ubin. Kami sudah mempunyai jawatankuasa untuk bekerja bersama-sama dengan beberapa agensi bagi melihat bagaimana kami boleh terus membantu pulau ini," kata Dr Maliki.


Dua daripada tiga sistem penapis sementara itu telah pun diuji dan didapati selamat untuk digunakan bagi persiapan makanan dan minuman yang dijual peniaga.


Namun, ujian masih dijalankan bagi sistem ketiga yang dipasang di sebuah kedai makanan.


Disember lalu, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah mengarahkan semua peniaga berlesen di Pulau Ubin agar memasak air daripada perigi selama seminit sebelum digunakan bagi persiapan makanan dan minuman mereka kerana mutu air di situ semakin merosot.


Kajian juga mendapati kehadiran bakteria Escherichia coli (E.coli) dan coliform.


Ini menjejas perniagaan di pulau itu sehingga peniaga makanan mengalami kerugian sekitar 20 hingga 30 peratus, kata beberapa peniaga makanan di situ.


Pulau Ubin mempunyai tujuh kedai makanan berlesen.


Namun, peniaga di sana percaya bahawa sistem rawatan air terbaru itu akan dapat membantu memulihkan semula keyakinan pelanggan.


Sistem bernilai sekitar $7,000 itu telah dibina oleh syarikat inovasi Wise Inc dan ia beroperasi melalui tujuh peringkat.


Sebuah penapis akan menapis zarah yang besar manakala penapis membran 50-mikron pula akan menapis zarah yang lebih kecil.


Penapis karbon kemudian akan menghapuskan bahan-bahan pencemaran dan bau.


Satu lagi penapis akan menapis zahar mikro dan organisme.


Akhirnya, sistem penapis-ultra 0.01 mikron akan menapis bakteria seperti E.coli.


Satu cahaya pensteril juga akan digunakan supaya virus dan organisma mikro yang lain tidak aktif.


Sistem yang disifatkan Dr Maliki sebagai “penyelesaian sementara” itu telah dibangunkan dan diselaraskan oleh Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Siglap, Yayasan Warga Korporat (CCF), badan bukan pemerintah (NGO) dan disokong pelbagai agensi pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >