Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Siswa NTU dituduh guna telefon bimbit rakam dalam skirt wanita di kampus

Jul 14, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pelajar Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dituduh menceroboh masuk ke kawasan lobi sebuah bangunan kampus itu tahun lalu dan menggunakan fungsi merakam video di telefon bimbitnya untuk melihat dalam pakaian wanita.



Nicholas Tan Siew Chye, kini 25 tahun, juga dituduh mengambil gambar dalam skirt seorang wanita di dalam lif di sebuah blok flat di Canberra Road, dekat Sembawang Way, Februari lalu.



Warga Singapura itu sebelumnya dikenakan dua tuduhan voyerisme dan satu tuduhan pencerobohan jenayah.



Sebuh mahkamah daerah diberitahu semalam bahawa laporan psikiatrik lelaki itu belum siap, dan kesnya telah ditangguh ke 16 Ogos.



Butiran mengenai laporan itu tidak didedahkan di mahkamah.



Menurut dokumen mahkamah, Tan dikatakan telah menceroboh lobi bangunan di kampus pada 6.17 petang pada 19 Oktober tahun lalu, "dengan niat mengacau" seorang wanita di situ.



Dia juga dituduh mengaktifkan fungsi merakam video di telefon bimbitnya dan meletakkan peranti itu di posisi yang membolehkan dia melihat dalam "baju atau skirtnya".



Dalam satu kejadian berlainan, Tan sedang berada di dalam lif di sebuah blok flat di Canberra Road sekitar 4.40 petang pada 25 Februari apabila dia dikatakan merakam gambar dalam skirt seorang wanita.



Nama mangsa telah dikeluarkan dari dokumen mahkamah atas sebab kerahsiaan identiti mereka.



Jika disabitkan kesalahan pencerobohan jenayah, Tan boleh dipenjara hingga tiga bulan dan didenda hingga $1,500.



Bagi setiap tuduhan voyerisme, dia boleh dipenjara hingga dua tahun dan didenda atau dirotan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >