USIANYA baru mencecah 20 tahun tetapi Cik Afiqah Nur Fitri Suhaiemi cergas menyumbang kepada sambutan ulang tahun Singapura yang ke-50 tahun depan.
Cik Afiqah adalah anggota termuda dalam Jawatankuasa Pemandu Singapura50 (SG50) yang dipimpin oleh Menteri Pendidikan, Encik Heng Swee Keat.