Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NAHAS DI CLEMENTI ROAD

Siswi NUS maut, satu cedera parah

Apr 21, 2018 | 05:30 AM



SEORANG wanita berusia 19 tahun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami selepas teksi yang dinaiki berlanggar dengan sebuah kereta di simpang Clementi Road dan Commonwealth Avenue West kelmarin.



Seorang lagi penumpang teksi tersebut, lelaki berusia 22 tahun, pula terperangkap dalam kenderaan itu.



Beliau berjaya diselamatkan pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menggunakan alat hidraulik.



Mereka antara empat penumpang warga Singapura dalam teksi itu ketika kemalangan berlaku sekitar 7.30 malam.



Semuanya penuntut Universiti Nasional Singapura (NUS).



Mereka, berserta pemandu kedua-dua kenderaan terlibat, dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH).



Polis memberitahu akhbar The Straits Times bahawa wanita tersebut disahkan meninggal dunia di hospital.



Difahamkan bahawa wanita itu ialah Cik Kathy Ong.



NUS turut mengesahkan kemalangan tersebut dalam kenyataannya semalam, sambil menambah bahawa salah seorang pelajarnya cedera parah. Dua lagi mangsa berada dalam keadaan stabil.



"Universiti sangat sedih ekoran kemalangan itu. Kakitangan universiti dan kaunselor sudah pun berhubung dengan keluarga dan rakan empat pelajar yang terlibat untuk memberi sokongan dan bantuan. Ingatan kami bersama mereka pada masa sukar ini," kata kenyataan itu.



Gambar di tempat kejadian menunjukkan kereta berwarna perak dan teksi Silvercab rosak teruk dan ditunda. Serpihan kaca dan logam bertaburan di jalan.



Video kemalangan itu diposkan ke laman Facebook 'Roads.sg' pagi semalam.



Rakaman itu menunjukkan kereta berlanggar dengan teksi pada kelajuan tinggi di simpang berkenaan.



Teksi tersebut sedang membelok kanan pada masa itu. Kesan perlanggaran itu menyebabkan dua kenderaan itu berputar di luar kawalan.



Kelihatan penumpang wanita di tempat duduk belakang teksi hampir tercampak keluar dari tingkap.



Siasatan diteruskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >