Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skandal bahan pencemar: 650 kereta Volkswagen di Singapura terjejas

Oct 13, 2015 | 09:45 AM



LEBIH 650 kenderaan diesel Volkswagen berdaftar di Singapura mempunyai enjin dan perisian jenis yang dipersoal dalam skandal pelepasan bahan pencemar global.


Pengeluar kereta itu melaporkan jumlah tersebut Agensi Sekitar Kebangsaan (NEA) tetapi berkata pada Isnin (12 Okt) bahawa kenderaan itu "selamat secara teknikal dan masih boleh digunakan di jalan raya".


Syarikat Jerman itu mengaku bulan lepas bahawa 11 juta kenderaannya di seluruh dunia mempunyai perisian yang didakwa digunakan untuk menipu ujian pelepasan, yang membawa kepada peletakan jawatan segera ketua eksekutifnya, Encik Martin Winterkorn.


Penipuan itu membolehkan kereta dieselnya melepaskan sehingga 40 kali lebih banyak bahan pencemar daripada yang dibenarkan.


Volkswagen Singapura berkata ia secara langsung akan menghubungi pemilik 662 kenderaan yang terlibat, merangkumi 441 kereta penumpang dan 221 kenderaan komersial, untuk membetulkan isu itu selepas ibu pejabatnya menemui penyelesaian teknikal.


Ini akan dilakukan tanpa sebarang kos kepada pelanggan.


Kesemua 662 kenderaan itu dipasang enjin diesel dan peranti jenis EA 189 EU5.


Jualan model terlibat - kenderaan pelbagai guna (MPV) Touran - ditahan pada bulan lepas.


Dalam satu kenyataan berasingan, NEA berkata kelulusan bagi semua kenderaan diesel Volkswagen terjejas telah digantung dan tiada pendaftaran baru akan dibenarkan.


Penggantungan itu akan berjalan sehingga Volkswagen telah perbetul masalah tersebut.


Terdapat lebih 22,000 kenderaan Volkswagen di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >