Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim ElderShield akan disemak

Usaha melindungi lebih ramai orang, tawar perlindungan lebih baik
Aug 21, 2016 | 09:03 PM



PEMERINTAH akan membentuk sebuah jawatankuasa untuk menyemak skim insuran ElderShield, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Rapat Hari Kebangsaan tadi.



Dalam ucapannya dalam Mandarin selepas berucap dalam bahasa Melayu, Encik Lee "berharap ElderShield akan melindungi lebih ramai orang, menyediakan lebih banyak perlindungan dan berpatutan".



ElderShield, satu skim insuran nasional untuk mereka yang mengalami ketidakupayaan ketara, mula diperkenalkan pada 2002.



Lebih 7,000 orang telah memanfaatkan skim itu sejak dimulakan, kata Encik Lee di Institut Pendidikan Teknikal.



Kementerian Kesihatan (MOH) akan membentuk sebuah jawatankuasa untuk mengkaji skim insuran ini, yang menyediakan pembayaran beberapa ratusan dolar setiap bulan untuk membantu keluarga yang mempunyai warga tua kurang upaya, dalam soal kejururawatan dan keperluan penjagaan, atau kos menggajikan seorang pembantu rumah.



Perdana Menteri mengemukakan dua perkara yang boleh dipertingkatkan: bahawa skim ini tidak melindungi semua orang, dan pembayarannya terhad kepada enam tahun.



Perlindungan penjagaan kesihatan nasional baru-baru ini telah dipertingkatkan dengan pelaksanaan Medishield Life.



Skim insuran itu kini melindungi keadaan yang telah wujud dan pembayarannya telah meningkat.



Sokongan untuk warga tua juga telah meningkat dengan Pakej Generasi Perintis, skim anuiti CPF Life dan skim Sokongan Warga Tua.



Encik Lee berkata, ElderShield merupakan "satu kepingan yang tinggal untuk diperkukuhkan" untuk menangani cabaran masyarakat yang menua dengan pantas.



Beliau turut mengetengahkan dapatan yang menunjukkan seorang daripada setiap dua orang akan mengidapi sakit kronik, dan tidak akan berupaya menjaga diri mereka sendiri pada suatu peringkat dalam hidup mereka.



"Dengan ElderShield yang dipertingkatkan, kita akan dapat melengkapkan kesemua komponen dalam jaringan keselamatan kita," ujarnya.



Pada Mac lalu, Kumpulan Mapan Parti Tindakan Rakyat telah mengusulkan perubahan terhadap ElderShield. Perubahan ini termasuk menjadikan skim ini wajib, melanjutkan tempoh pembayaran untuk turut melindungi penerima faedah sepanjang hayat, dan memastikan pembayaran menurut inflasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >