Skim kewangan wajib baru bagi pembantu rumah Indonesia

SATU skim bank baru yang diwajibkan bagi pembantu rumah Indonesia baru akan memberi mereka kawalan lebih besar ke kewangan mereka sendiri, sementara majikan tidak lagi perlu menanggung jumlah lebih besar untuk membayar ejen bagi pihak mereka.

Skim Industri Pekerja Perkhidmatan Keluarga (HIS) itu sebahagian daripada usaha pemerintah Indonesia meningkatkan layanan ke atas rakyatnya yang bekerja di luar negara sebagai pembantu rumah.

Butirannya diumum oleh Persatuan Agensi Pekerjaan (Singapore) (AEAS) pada Khamis (23 Jun). Ia menandatangani perjanjian dengan Agensi Nasional bagi Penempatan dan Perlindungan Pekerja Migran Indonesia pada Februari untuk bekerjasama dalam rancangan tersebut.

Di bawah skim itu, pembantu rumah Indonesia akan mengambil pinjaman peribadi kira-kira $1,700 daripada Maybank Indonesia untuk menampung kos latihan, permohonan pasport, pemeriksaan kesihatan dan yuran penempatan bagi agensi Indonesia, kata Presiden AEAS, Cik K. Jayaprema.

Pada masa ini, kos itu boleh mencapai $3,600, dan biasanya dibayar dahulu oleh majikan Singapura. Pembantu rumah kemudian membayar balik melalui gaji mereka dipotong selama beberapa bulan.

Rangka kerja baru itu memerlukan pembantu rumah menggunakan skim kewangan tersebut bagi memohon kad pengenalan untuk bekerja di luar negara, kata Cik Jayaprema.

Apabila tiba di Singapura, majikan akan memasukkan gaji penuh mereka setiap bulan ke dalam akaun Maybank tempatan mereka.

Wang daripada akaun itu akan digunakan pembantu rumah untuk membayar balik pinjaman tersebut, berserta faedahnya, sepanjang lapan bulan.

Pembantu rumah juga akan membayar yuran perkhidmatan berasingan kepada agensi Singapura - yang kini akan dihadkan pada $1,000 - secara ansuran, misalnya $50 sebulan, sepanjang 20 bulan.

Pembantu rumah juga tidak harus dikenakan yuran perpindahan jika mereka bertukar majikan dan mesti dibayar gaji minimum $550.

Setakat ini, 89 agensi anggota AEAS telah disahkan akan menggunakan skim tersebut, dan kumpulan pembantu rumah pertama menggunakannya dijadual tiba di sini minggu depan, kata Cik Jayaprema.

Kaunselor Kedutaan Indonesia, Encik Didit Parlambang, berkata beliau sedang menunggu maklumat daripada pemerintah Indonesia mengenai pelaksanaan sistem baru itu.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.