Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim kongsi basikal perintis mungkin diluas ke Tampines, Pasir Ris

Jul 29, 2016 | 08:45 AM



SKIM kongsi basikal perintis di pulau ini boleh berkembang di luar Daerah Tasik Jurong untuk merangkumi juga Marina Bay-Pusat Bandar serta Tampines dan Pasir Ris.



Dengan perkembangan sedemikian, skim yang diterajui pemerintah itu akan mempunyai sejumlah 2,300 basikal dan 230 stesen dok di kawasan itu.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), yang akan memanggil tender pada Jumaat (29 Jul), berkata ia meminta tiga cadangan.



Satu daripadanya ialah menjalankan skim perintis hanya dalam Daerah Tasik Jurong, satu lagi bagi mengendalikan skim itu di Marina Bay-Pusat Bandar. Yang ketiga ialah melaksanakannya di kedua-dua daerah serta Tampines dan Pasir Ris.



Pada Khamis (28 Jul), Ketua Eksekutif LTA, Encik Chew Men Leong, berkata: "Ini skim kongsi basikal awam pertama yang akan dilaksana pada skala besar... Kami percaya ini akan menjadi mangkin bagi amalan berbasikal kerana ia menyediakan cara mudah dan sihat berulang-alik antara rumah, kemudahan berhampiran dan stesen MRT."



Penunggang basikal boleh menjangka skim itu disediakan terlebih dahulu di Daerah Tasik Jurong Lake - yang dikenal pasti sebagai Daerah Pusat Perniagaan kedua di Singapura - menjelang akhir tahun depan.



Tarikh pelancaran akan bertepatan dengan siapnya laluan berbasikal di daerah itu.



Skim percubaan di Daerah Tasik Jurong itu, yang akan mengambil masa lapan tahun, akan menampilkan 1,000 basikal dan 100 stesen dok. Perkhidmatan ini boleh didapati 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.



Pengguna mungkin boleh mengambil basikal di sembarang stesen dok layan diri dan memulangkannya di sembarang stesen dalam kawasan perkhidmatan sistem itu. Stesen dok akan dijarakkan kira-kira 400 meter antara satu sama lain.



Pengguna mungkin dapat membayar menggunakan pilihan seperti kad perjalanan, dan kad kredit dan debit.



Pendapatannya akan diambil pengendali, yang akan menanggung kos pembinaan prasarana, seperti stesen dok, dan operasi dan menyenggarakan basikal dan perkhidmatan.



Untuk membantu membiayai kos, pengendali akan dapat membida jumlah tetap geran pemerintah yang mereka perlukan bagi setiap tahun kontrak, dalam cadangan tender mereka.



Keputusan memperluas skim itu ke luar Daerah Tasik Jurong bergantung pada mutu cadangan, potensi ekonomi skala, dan tahap minat penajaan.



Bagi skim di Marina Bay-Pusat Bandar, 600 basikal dan 60 stesen dok telah dicadangkan, manakala bagi Tampines-Pasir Ris, 700 basikal dan 70 stesen.



Satu tender berasingan juga akan dipanggil pada Jumaat untuk melantik perunding bagi membantu melibatkan penaja, yang akan mempunyai hak penamaan dan pengiklanan ke atas sistem kongsi basikal itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >