MAJLIS Sekitaran Singapura (SEC) semalam mengumumkan perincian tentang bagaimana skim pelabelan eko bagi produk pulpa dan kertas akan menjadi lebih ketat.
Skim Pelabelan Hijau Singapura dipertingkat kini akan memerlukan syarikat pulpa dan kertas memperbaiki pengurusan tanah gambut mereka dan memberi komitmen bagi pengesanan awal dan menyekat kebakaran apabila ia berlaku, contohnya dengan melabur dalam peralatan melawan api dan mempunyai prosedur operasi standard demi menilai penarafan bahaya kebakaran setiap hari.