Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim Pelaburan CPF akan disemak: Tharman

Sep 14, 2016 | 08:33 AM



SKIM Pelaburan Tabung Simpanan Pekerja (CPFIS) tidak "cukup sesuai bagi tujuannya" dan akan disemak, kata Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam pada Selasa (13 Sep) malam.



Beliau berkata skim itu, yang diperkenal bagi menawarkan pencarum CPF wadah mendapatkan pulangan lebih tinggi daripada simpanan mereka, tidak berhasil.



Menurut Encik Tharman, dalam tempoh 10 tahun lalu, lebih 80 peratus pencarum yang melabur melalui CPFIS lebih beruntung jika wang itu dibiarkan dalam Akaun Biasa, yang menjamin pulangan 2.5 peratus setiap tahun. Malah, kira-kira 45 peratus daripada mereka yang menggunakan CPFIS mengalami kerugian dalam tempoh itu.



Panel Penasihat CPF berkata bulan lalu CPFIS perlu dikaji semula.



Encik Tharman, yang bercakap dalam majlis jamuan malam tahunan Persatuan Ekonomi Singapura, berkata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan menjalankan kajian itu dalam usaha memastikan sistem CPF menyediakan pilihan mudah bagi mereka yang mempunyai lebih daripada simpanan peringkat asas CPF untuk mendapatkan pulangan lebih tinggi.



"Kita harus membolehkan orang ramai mengambil risiko terkawal dari usia lebih muda untuk menggunakan wang CPF mereka bagi mendapatkan pulangan yang dijangka lebih tinggi... daripada apa akaun CPF tawarkan. Cara tradisional kita cuba menyediakannya ialah melalui sistem CPFIS. Ia tidak berhasil," ujarnya.



Antara sebabnya ialah pencarum melabur melalui CPFIS perlu membayar yuran kepada pengurus pelaburan, yang kemudiannya menghakis pulangan mereka.



Satu lagi sebab, kata Encik Tharman, ialah pelabur biasa sendiri menjejas kepentingan mereka, dengan membeli ketika pasaran sedang naik dan jual apabila harga turun.



CPFIS perlu diurus dengan cara yang akan membuat yuran rendah, katanya. Perlu juga diperkenal tempoh pegangan minimum bagi sesuatu pelaburan, dan insentif bagi mengelakkan tindakan keluar masuk pelaburan.



"Kita perlu melabur dan kekal cukup lama, kerana itulah satu-satunya cara mendapatkan pulangan tinggi dari masa ke masa," kata Encik Tharman.



Beliau menggariskan tiga keutamaan lain bagi memastikan sistem CPF kekal mampan pada masa depan.



Pertama, membantu warga tua yang mungkin mempunyai aset tetapi tidak cukup wang tunai, untuk melepaskan nilai rumah mereka. Antara caranya ialah melalui Skim Pembelian Balik Pajakan, yang membolehkan pemilik flat menjual kembali sebahagian daripada tempoh pajakan mereka kepada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk pendapatan persaraan.



Kedua, lebih mengintegrasikan pekerja warga tua ke dalam masyarakat. Singapura masih sebuah masyarakat bersikap ageisme (diskriminasi atau prasangka berdasarkan umur), katanya, dan budaya itu mesti berubah bagi membolehkan warga tua terus menyumbang dari segi ekonomi.



Ketiga, tadbir urus baik. Sistem CPF dan Belanjawan pemerintah bergantung pada perkara ini, uja Encik Tharman.



"Apa yang kita perlu lakukan ialah melindungi kepentingan jangka panjang Singapura dan melindungi kepentingan generasi akan datang rakyat Singapura, melalui sistem sekat dan imbangan mantap."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >