Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim pentauliahan baru bagi lindungi pembeli barang kemas emas

Oct 23, 2015 | 11:51 AM



PEMBELI barang kemas kini mempunyai satu perlindungan baru terhadap amalan perniagaan tidak adil di bawah satu skim pentauliahan yang dilancarkan pada Khamis (22 Okt).


Skim oleh Persatuan Pengguna Singapura (Case) dan Persatuan Penjual Barang Kemas Singapura (SJA) itu mewajibkan perniagaan bertauliah mempunyai dasar bayaran balik jelas, menyediakan pecahan terperinci kos dan kakitangan jualan berpengatahuan.


Setakat ini, 22 syarikat barang kemas, yang mempunyai 136 cawangan, telah mendapat pengiktirafan di bawah skim tersebut. Ia termasuk pemain besar seperti SK Jewellery, yang mempunyai 26 cawangan, dan Goldheart Jewelry, dengan 21 cawangan.


Lagi 11 syarikat akan diiktiraf menjelang akhir tahun ini, umum Case semasa pelancaran skim itu sempena pembukaan Pesta Barang Kemas dan Permata Singapura 2015 di Pusat Ekspo dan Konvensyen pada Khamis.


Perniagaan bertauliah, yang boleh memaparkan logo CaseTrust di depan kedai mereka dan pada bahan pemasaran, mesti menghadiri pengantaraan di Pusat Pengantaraan Kes apabila berlaku pertikaian.


Sebaik sahaja penjualan barang kemas emas kehalusan 916 atau 999 disahkan, mereka mesti menimbangnya tanpa tag harga atau label melekat padanya, jika diminta pelanggan. Mereka juga perlu memberi pecahan jelas tentang kos tenaga kerja, berat bersih emas dan kehalusan emas dalam resit.


Case menerima 96 aduan melibatkan industri barang kemas antara Januari 2012 dan bulan lalu. Kebanyakannya mengenai barang rosak, dasar bayaran balik dan gambaran salah, dan melibatkan perniagaan kecil.


Segelintir daripadanya berkaitan pelanggan dikenakan bayaran berlebihan.


The Straits Times melaporkan pada Jumaat bahawa presiden Case, Encik Lim Biow Chuan, yang juga Anggota Parlimen SMC Mountbatten, berkata: "Dengan skim pentauliahan ini, pengguna berbelanja di kedai barang kemas bertauliah boleh yakin akan mendapat pengalaman membeli-belah lebih positif.


"Terdapat juga jaminan bahawa semua barang kemas yang dijual oleh syarikat-syarikat itu bebas daripada kecacatan sedapat mungkin."


SJA mempunyai 300 anggota mewakili 145 syarikat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >