SYARIKAT yang mengambil golongan profesional, pengurus dan eksekutif (PME) setempat yang telah berusaha mencari pekerjaan sekurang-kurangnya enam bulan bakal berpeluang mendapat subsidi pemerintah di bawah satu skim baru yang bermula 1 Oktober ini.
Program perintis selama dua tahun yang dinamakan Program Sokongan Kerjaya (CSP) itu akan dilaksanakan oleh Agensi Pembangunan Tenaga Kerja (WDA), umum Menteri Tenaga Manusia, Encik Lim Swee Say, dalam satu sidang media semalam.