Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skuter elektrik terbakar di Serangoon Gardens

Sep 23, 2017 | 02:08 PM



SEBUAH skuter elektrik terbakar di estet Serangoon Gardens semalam (Jumaat, 22 September) dan telah megeluarkan api setinggi dua tingkat, menurut saksi.

 

Cik Sandra Tan, yang tinggal bertentangan dengan 26 Sommerville Road di mana skuter tersebut terbakar, memberitahu The Straits Times bahawa beliau berada di biliknya di tingkat dua apabila terdengar “bunyi yang kuat”.



Suri rumah itu berkata bahawa beliau melihat kebakaran di hadapan rumah yang bertentangan dengan rumahnya itu. 



“(Apinya) naik ke tingkat dua dan saya juga terdengar letupan,” katanya. 



Beliau kemudian menyuruh anggota keluarganya yang lain untuk keluar rumah dan menghubungi pihak polis.

 

Cik Tan berkata bahawa api tersebut terus membakar dan telah dipadamkan anggota Pasukan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). 



Beliau menambah bahawa pegawai polis telah menyoal seorang lelaki yang berbaju hitam, yang difahaminya penunggang skuter tersebut.



 Semasa dihubungi, SCDF berkata bahawa mereka telah menerima panggilan pada 10.48 malam dan telah menghantar kereta bomba, dua Red Rhino, ambulans serta motosikal bomba ke Sommerville Road. 



SCDF telah memadamkan api yang melibatkan e-skuter. 



Tiada kecederaan dilaporkan, dan punca kebakaran sedang disiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >