Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SLA: Tiga penduduk St John's Island tidak perlu pindah

FARAH REZAL
Feb 22, 2017 | 06:56 PM



TIGA penduduk St John's Island, atau Pulau Sekijang Bendera, boleh terus menetap di pulau itu dan tidak perlu berpindah, demikian menurut jurucakap Penguasa Tanah Singapura (SLA) ketika dihubungi Berita Harian hari ini.



Bagaimanapun, SLA tidak dapat mengesahkan jangka lanjutan penginapan mereka di pulau tersebut.



Encik Mohd Sulih Sopian, 72 tahun, dan isterinya, Cik Fauziyah Wakiman, 65 tahun, serta Encik Supar Saman, 67 tahun, akan berkhidmat sebagai sukarelawan di pulau berkenaan.



Sebelum ini, Cik Fauziyah dan Encik Supar merupakan atendan pulau tersebut tetapi mereka sudah pun bersara.



Mereka telah menetap dan bekerja serta menyewa rumah di situ sejak lebih 40 tahun.



Sebelum ini, mereka telah diminta untuk berpindah menjelang akhir Januari lalu selepas pengurusan pulau tersebut diambil-alih oleh SLA dari Sentosa Development Corporation (SDC).



Penginapan mereka kemudian dilanjutkan sehingga 24 Februari ini, tetapi kini mereka dibenarkan untuk menetap di situ.



Ketika dihubungi, Cik Fauziyah berkata mereka akan menjaga pulau tersebut termasuk menjaga keperluan pelawat yang datang ke pulau tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >