PEMERINTAH akan terus membantu syarikat kecil dan sederhana (SME) membangunkan keupayaan baru dan meningkatkan keupayaan sedia ada bagi menyiapkan mereka menghadapi pertumbuhan.
Salah satu caranya adalah dengan memanfaatkan teknologi demi meningkatkan daya penghasilan, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Teo Ser Luck, di Parlimen semalam.