Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SMRT lancar sistem AI pantau Laluan Circle, bakal diperluas ke NESWL pada 2024

Aug 14, 2023 | 07:21 PM



Sistem sokongan berdasarkan kecerdasan buatan (AI) milik SMRT, yang membolehkan pengendali kereta api itu memantau operasi dengan cara lebih menyeluruh dilancar pada Isnin di Laluan Circle (CCL).

Sistem itu, yang diberi nama Overwatch, juga akan dipasangkan di Laluan Utara-Selatan dan Laluan Timur-Barat (NSEWL) pada penghujung 2024, kata SMRT dalam kenyataannya.

Menurut SMRT, Overwatch, yang dibangunkannya sendiri, akan mempertingkat keupayaan operasi SMRT Trains dan membolehkannya menyediakan khidmat lebih selamat dan andal kepada penumpang.

Ia memenangi Anugerah Kecemerlangan Operasi di majlis Anugerah UITP, di Barcelona pada Jun 2023.

Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor, melancarkan sistem tersebut di Depoh Kim Chuan dekat Upper Paya Lebar Road.

“Overwatch telah dibangunkan secara dalaman oleh Strides Engineering untuk memenuhi piawaian dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Dalam kenyataannya, SMRT berkata Overwatch ialah lapisan pemantauan tambahan yang menambah kepada sistem yang digunakan pada masa ini. Ia telah membantu CCL mengurangkan kejadian tergendala sehingga 5 minit sebanyak 30 peratus dan membolehkan laluan itu mencapai tahap kendalian tinggi iaitu lebih 1 juta purata kilometer antara gangguan (MKBF) ukuran kejuruteraan bagi kebolehpercayaan rel.

Presiden SMRT Trains, Encik Lim Sheau Kai, berkata:

“Ia adalah salah satu daripada inisiatif transformasi digital iTrains yang sedang dijalankan di SMRT di mana kami berusaha mengubah cara kami bekerja dengan mengeksploitasi teknologi lanjutan, data besar dan AI agar kami dapat melakukan kerja kami dengan lebih baik.”

Timbalan Pengarah Kumpulan (Pengangkutan Awam), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Encik Lim Siong Tiong berkata sistem tersebut memboleh kakitangan SMRT mengambil tindakan susulan yang tepat apabila diperlukan demi mengurangkan sebarang kesan ke atas penumpang.

“Kami digalakkan untuk melihat usaha SMRT untuk menambah kebolehpercayaan rel secara keseluruhannya dengan memanfaatkan teknologi seperti AI dan video analitik untuk mengesan dan bertindak balas terhadap isu operasi dengan lebih baik,” kata Encik Lim lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >