Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SMRT mohon maaf atas gangguan di Laluan Circle

Jun 24, 2023 | 05:43 PM



Pengendali pengangkutan SMRT telah memohon maaf kepada penumpang yang terjejas berikutan gangguan di Laluan Circle pada malam Jumaat.

Menurut laman Facebook SMRT pada Sabtu, pengendali pengangkutan itu berkata bahawa kerosakan itu dikesan pada kad saluran kawalan kereta api automatik (ATC) yang rosak.

Perkhidmatan kereta api di bahagian pusat bandar Laluan Circle, terjejas dua kali pada malam Jumaat disebabkan oleh kerosakan sistem isyarat, sekaligus menambah masa perjalanan antara stesen Marina Bay/Dhoby Ghaut dengan Mountbatten.

Dalam catatan Facebook pada Jumaat, SMRT berkata bahawa kejadian pertama berlaku pada 8.40 malam dan masalah itu telah diperbaiki pada 9.10 malam, tetapi kerosakan berulang pada 10 malam.

Penumpang diberitahu untuk menambah 30 minit masa perjalanan antara stesen Dhoby Ghaut/Marina Bay dengan Paya Lebar semasa kejadian pertama.

Semasa kejadian kedua, SMRT mengumumkan bahawa tiada perkhidmatan kereta api, selain menambah 30 minit masa perjalanan antara stesen Dhoby Ghaut dengan Esplanade, stesen Marina Bay dengan Bayfront, serta stesen Mountbatten dengan Paya Lebar.

SMRT berkata bahawa selepas menggantikan kad yang rosak, sistem itu boleh dihidupkan semula dan perkhidmatan kereta api disambung semula secara progresif.

Bagaimanapun, masalah itu berulang sejam kemudian dan berterusan, walaupun selepas tiga set kad saluran ATC daripada syarikat Perancis Alstom digunakan untuk memulihkan semula ATC.

Jurutera SMRT, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Alstom telah bekerja sepanjang malam untuk mencari punca kegagalan ATC, kata SMRT.

Ia menambah bahawa jurutera berjaya mengasingkan kad yang rosak dan memperbaiki ATC sebelum perkhidmatan pada pagi Sabtu bermula.

Kad dan komponen yang rosak akan dihantar ke Perancis bagi siasatan lanjut, kata SMRT sambil menambah bahawa ia akan terus bekerja rapat dengan LTA dan Alstom untuk memantau prestasi kad baru itu.

“Kami memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas dan berterima kasih atas kesabaran dan pemahaman mereka,” ujar SMRT.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >