PENGENDALI pengangkutan awam awam Singapura, SMRT Corp Ltd, sedang mempertimbangkan satu bida pengambilan niaga sebuah syarikat teksi Britain, Addison Lee, bernilai 800 juta paun ($1.6 bilion), menurut berita Sky News kelmarin.
Sky News, yang tidak menyebut sumber berita itu, menyatakan bahawa SMRT sedang berada di tahap awal bagi mempertimbangkan tawaran tersebut.
SMRT yang mengendalikan khidmat keretapi dan juga menawarkan khidmat bas dan teksi tidak mengesah atau menafikan laporan berkenaan.
"SMRT sentiasa mencari peluang pelaburan yang menyumbang pada perkembangam berkekalan untuk pemegang saham kami," kata Encik Benny Lim, pengarah pengurusan bagi jalan raya melalui satu e-mel yang telah dibalas.
Firma ekuiti privet Carlyle Group, yang membeli taruhan besar dalam Addison Lee tahun lalu, tidak membalas dengan segera pada satu e-mel yang meminta komennya - Reuters