Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SMRT Trains didakwa atas kematian pegawai teknikal pada 2020, hadapi denda sehingga $1j

Oct 17, 2023 | 04:25 PM



Syarikat pengendali pengangkutan gerak cepat, SMRT Trains, menghadapi satu tuduhan pada Selasa atas kematian seorang pegawai teknikalnya akibat cedera parah semasa bekerja di Depoh Bishan pada Mac 2020.

Semasa siasatan koroner pada 2021 atas kematian Allahyarham Muhammad Afiq Senawi, 30 tahun, mahkamah diberitahu, semasa kejadian pada 23 Mac 2020 itu, Allahyarham sedang mengendalikan mesin tekan hidraulik apabila satu batang penjarak meluncur terbang daripada mesin itu hingga melepasi pagar dan mengena muka mangsa.

Dia telah dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng dan meninggal dunia pada pagi itu.

Mesin tekan hidraulik digunakan bagi tujuan perindustrian dan ia cukup kuat untuk meremukkan kereta.

Menurut dokumen mahkamah, SMRT Trains dikatakan gagal memasang alat pengukur tekanan bagi mesin tekan hidraulik itu selepas membukanya untuk diperbaiki, dan menandakan zon bahaya bagi memastikan pengendalinya berada di jarak selamat jauh daripada mesin tersebut.

Ia dikatakan tidak menghadkan tekanan pengoperasian maksimum mesin itu dengan menggunakan alat pengukur tekanan, dan memastikan adanya pengadang mencukupi bagi mesin itu menahan tekanan alat yang terkeluar daripadanya semasa operasi tersebut.

Syarikat itu juga dikatakan gagal untuk memastikan segala alat yang digunakan untuk mesin tekan hidraulik itu dipastikan kepenggunaannya dan saling terkunci bagi mengelak mana-mana alat tertanggal semasa mesin itu digunakan, lapor The Straits Times (ST).


SMRT Trains berdepan kemungkinan dikenakan hukuman lebih berat selepas ia disabitkan dengan satu kes sebelum ini – pada 28 Februari 2017 – atas kematian dua kakitangannya.

Pada 22 Mac 2016, dua kakitangan pelatih, yang merupakan sebahagian daripada satu pasukan 15 kakitangan yang memeriksa satu alat suis yang rosak di landasan MRT, telah dilanggar oleh sebuah kereta api berdekatan stesen MRT Pasir Ris.

Pengendali kereta api itu didenda $400,000.

Jika didapati bersalah, SMRT Trains boleh didenda sehingga $1 juta.

Kes ditangguh hingga 30 November.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >