Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SMRT uji sistem isyarat baru di seluruh rangkaian NSEWL

Mar 04, 2018 | 07:16 PM



SELAMA sekitar lima jam awal pagi ini (4 Mac), kereta api di kedua-dua Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL) beroperasi sepenuhnya menggunakan sistem isyarat yang dipertingkat dalam satu percubaan besar-besaran melibatkan lebih 100 pemandu kereta api.



Ini kali pertama seluruh rangkaian NSEWL dikawal sistem isyarat kawalan kereta api baru itu.



Sistem itu membolehkan kereta api beroperasi dengan lebih kerap dan ini dapat memastikan ia dapat menampung lebih ramai penumpang serta mengurangkan kesesakan, menurut akhbar The Straits Times.



Percubaan itu melibatkan 50 kereta api beroperasi di Laluan Timur-Barat (EWL) dan lagi 45 kereta api di Laluan Utara-Selatan (NSL). Ia berlangsung antara 1 dengan 6 pagi.



Waktu operasi di stesen sepanjang NSL dan EWL dipendekkan pada hujung minggu sejak Disember lalu untuk memberi kakitangan kejuruteraan lebih masa untuk menjalankan kerja pembaharuan dan penyenggaraan, termasuk percubaan bagi sistem isyarat yang dipertingkat di EWL.



Sistem baru itu sudah pun beroperasi di NSL.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >