Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DIALOG REACH-BERITA HARIAN DENGAN MASYARAKAT MELAYU

Soal jawab bersama Dr Yaacob

Oct 14, 2016 | 05:30 AM



SOALAN: Apakah isu yang ditimbulkan dalam sesi dialog itu dan bagaimanakah anda tangani isu itu?



DR YAACOB IBRAHIM: Yang pertama adalah berkaitan ekonomi dan peluang bagi lulusan muda, termasuk dari institusi swasta, dan bagaimana membantu pekerja mempertingkat diri dan merebut peluang yang disediakan.



Sedang pemerintah membantu, kami juga menekankan warga Singapura perlu memainkan peranan, mengambil langkah aktif menyertai program latihan dan memanfaatkan peluang.



Bagi pelajar pula, kami memberitahu mereka ekonomi akan berubah, tetapi untuk menjadi lebih baik. Tetapi mereka juga harus membuat peralihan kepada bidang pertumbuhan seperti IT dan perkilangan maju, misalnya. Mereka juga harus membuat persiapan bagi masa depan baru ini.



Soalan lain pula lebih bersifat politik, kebanyakannya berkisar Presiden Dipilih (EP) dan mengapa perlu ada perwakilan minoriti. Ada soalan baik yang ditanyakan, oleh anak muda terutamanya.



Kami menjelaskan bahawa ini sesuatu yang perlu difikirkan dengan teliti kerana ia mengenai perwakilan kepelbagaian kaum. Itulah lambang jawatan tersebut. Ia bukan satu jawatan politik. Ia satu peranan menyatukan.



Semakan itu memerlukan semacam pemikiran perintisan (breakthrough thinking) agar kita tidak mempunyai situasi di mana tidak akan ada Presiden Melayu atau minoriti.



Semakan itu juga baik untuk Singapura. Dengan adanya Presiden Dipilih (EP) daripada pelbagai masyarakat, ia memaparkan kepelbagaian kaum. Ini baik untuk kita sebagai satu masyarakat terus menonjolkan ideal tersebut.



Soalan mengenai Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) juga ditimbulkan golongan muda kita, keprihatinan mereka tentang cara menolong asatizah yang mungkin tidak layak. Jawapan saya kami akan terus bekerjasama dengan asatizah untuk memastikan mereka diberi peluang memenuhi kriteria yang ditetapkan.



SOALAN: Bagaimanakah anda meyakinkan warga Singapura bahawa semangat di sebalik peruntukan khas untuk Presiden minoriti itu adalah berdasarkan perwakilan dan bukan untuk mengatasi diskriminasi?



DR YAACOB: Ada juga pandangan bahawa perubahan ini adalah untuk mengatasi diskriminasi. Saya rasa pandangan ini kurang tepat. Oleh sebab ini bukan soal diskriminasi, ini adalah soal meritokrasi dan kepelbagaian.



Saya mengesyorkan bahawa kalau ada kes diskriminasi, ia harus ditampilkan untuk kita mengatasinya. Tetapi EP bukan soal diskriminasi, ia bagi memastikan setiap golongan di Singapura ada peluang menjadi Presiden.



SOALAN: Apakah tanggapan anda tentang soalan yang dikemukakan peserta?



DR YAACOB: Saya ingatkan mereka akan lebih prihatin tentang pekerjaan dan tidak akan bertanya tentang soalan politik. Tetapi mereka timbulkan soalan mengenai EP, dan ini menarik sekali.



Walaupun kita fikir ekonomi antara topik hangat, orang ramai masih berfikir tentang isu sedemikian. Saya gembira mereka berbuat demikian kerana ia topik penting.



Apabila topik ini didebatkan di Parlimen nanti, orang ramai harus mengambil perhatian tentang apa yang dibincangkan, dan apa maknanya kepada Singapura dan masyarakat minoriti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >