Selepas empat tahun, Encik Azmoon Ahmad akan mengundurkan diri sebagai pengerusi Angkatan Karyawan Islam (AMP) dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) Sabtu ini. Mengikut perlembagaan AMP, Encik Azmoon tidak boleh dipilih semula dalam lembaga pengarah AMP dan perlu berundur bagi tempoh minimum setahun. Pengerusi baru akan dilantik selepas AGM itu. PUAD IBRAHIM (puad@sph.com.sg) mewawancara beliau baru-baru ini.
PERTANYAAN seorang teman Cina menyentak hati Encik Azmoon Ahmad.