Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokong wanita hari ini capai cita-cita, raih kecemerlangan

Nov 23, 2020 | 05:30 AM



CITA-CITA dan impian wanita Melayu/Islam muda hari ini berbanding wanita muda pada 20-30 tahun lalu memang ada kelainannya.



Ini memandangkan wanita hari ini mempunyai peluang lebih luas dari segi pendidikan, kerjaya dan juga teknologi.



Dalam wawancara bersama Berita Harian (BH), Naib Presiden PPIS, Cik Hazlina Abdul Halim, berkata:



"Wanita Melayu/Islam hari ini bukan saja berjaya ke menara gading, malah ramai yang melanjutkan pelajaran ke peringkat possiswazah untuk mempertingkat diri mereka.



"Dalam bidang perniagaan, mereka juga cuba berdiri sama tinggi dengan peniaga lain."



Justeru, untuk membantu mencapai cita-cita mereka, PPIS berusaha menyokong kaum wanita hari ini meraih kejayaan.



Antaranya, kata Cik Hazlina, PPIS mengadakan simposium wanita yang dapat meningkatkan dan menggalak kesedaran tentang pelbagai isu seperti kesihatan, kewangan dan kerjaya.



Jabatan Kajian dan Pendampingan (Red) PPIS juga sentiasa mengamati trend terkini berkaitan isu kaum wanita.



"Kami pastikan mesej yang disampaikan berunsur positif agar kaum wanita akan terus mempertingkat diri mereka.



"Kami juga bergabung dengan pertubuhan wanita lain seperti SCWO (Majlis Pertubuhan Wanita Singapura) untuk memperjuang keperluan wanita.



"PPIS akan terus mengusahakan daya usaha baru untuk memperkasa wanita yang sejajar dengan perkembangan nasional," tambahnya.



Memaklumkan mengenai perubahan digital yang berlaku di PPIS, Cik Hazlina berkata badan itu telah memulakan perjalanan transformasi digital dengan mempertingkat kemampuan digitalnya antaranya menerusi perlaksanaan program dalam talian.



Ini termasuk mengadakan acara dalam talian berbentuk webinar untuk membantu pengguna perkhidmatan sosial kami dengan lebih baik.



Selain itu, Pusat Perkembangan Kanak-Kanak PPIS pula menggunakan aplikasi dalam talian, seperti aplikasi 'Little Lives' di iPad, sebagai pengesahan kehadiran kanak-kanak dan untuk daftar masuk serta keluar daripada pusat jagaan.



"Dengan kebangkitan program Negara Bijak, kami sedar betapa pentingnya untuk terus meningkatkan keupayaan teknologi kami supaya tidak ketinggalan dengan kemajuan teknologi dalam zaman ini," kongsinya sambil menambah bahawa PPIS juga sentiasa melabur dalam kakitangannya agar mereka dapat mempertingkat keupayaan dalam bidang digital dan Internet.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >