Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan bagi niaga F&B manfaat jualan dalam talian

May 17, 2021 | 05:30 AM



PERNIAGAAN makanan dan minuman (F&B) dan runcit akan menerima lebih banyak bantuan untuk menanggung kos operasi dan memanfaatkan pasaran dalam talian, sedang Singapura melalui kawalan Covid-19 yang diperketat.



Pakej 'Booster Penghantaran Makanan', yang akan menanggung sebahagian kos penghantaran makanan, dan Pakej 'Booster E-Dagang', yang membantu penjual di kedai fizikal berniaga dalam talian, diperkenal semalam.



Pakej-pakej itu akan membantu perniagaan F&B dan runcit "mempelbagaikan saluran pendapatan mereka dan menampung kos perniagaan dalam talian", kata Enterprise Singapore (ESG).



Di bawah Pakej 'Booster Penghantaran Makanan', ESG akan menanggung lima mata peratusan kos komisen yang dikenakan tiga platform penghantaran makanan - GrabFood, Foodpanda dan Deliveroo.



Ini adalah bagi transaksi yang dilakukan antara semalam hingga 15 Jun ini.



Untuk layak bagi pendanaan itu, perniagaan F&B mesti menjual makanan yang disediakan di premis bagi dimakan segera.



Ini termasuk kedai lebih kecil seperti di pusat penjaja dan kafe, serta pertubuhan lebih besar seperti syarikat katering makanan dan restoran.



Penjual yang hanya menjual produk dalam bentuk bungkusan, seperti makanan ringan dan ais krim, tidak termasuk dalam golongan ini.



Perniagaan layak akan secara automatik mendapat manfaat daripada kos komisen lebih rendah jika mereka memenuhi pesanan penghantaran melalui tiga platform penghantaran tersebut, kata ESG dalam satu kenyataan.



ESG juga telah bekerjasama dengan platform e-dagang terkemuka seperti Shopee dan Qoo10 untuk membantu peruncit mewujudkan kehadiran dalam talian di samping memperluas jangkauan domestik mereka.



Peruncit akan menerima sokongan sekali sebanyak 80 peratus kos kemasukan bagi yuran perkhidmatan yang dikenakan platform-platform itu, terhad pada $8,000.



Perniagaan berminat boleh mendaftar bagi program itu secara langsung dengan salah satu penyedia platform e-dagang tersebut dari semalam hingga 16 November.



Penyedia platform itu akan bekerjasama dengan peruncit untuk memilih dan menyenaraikan produk mereka selama sekurang-kurangnya enam bulan, mengambil bahagian dalam kempen promosi, memenuhi pesanan dan melakukan analisis data penjualan asas.



Setiap peruncit hanya boleh mendaftar dengan satu rakan kerja platform e-dagang itu di mana mereka belum mempunyai akaun pada masa ini.



Penolong ketua eksekutif ESG Dilys Boey mengatakan terdapat kebimbangan mengenai sumber tambahan yang diperlukan untuk menangani langkah pengurusan selamat Covid-19 yang lebih ketat ini, yang akan memberi kesan ke atas syarikat.



"Kami memberi sokongan melalui pakej booster ini untuk membantu menampung sebahagian kos operasi.



"Kami menggesa perniagaan F&B dan runcit yang belum memanfaatkan e-dagang supaya memanfaatkan pakej-pakej ini bagi menyesuaikan perniagaan mereka bagi penjualan dalam talian," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >