"Ayunan besar ke arah kepimpinan PAP tidak mungkin kami capai tanpa sokongan masyarakat Melayu. Saya ingin berterima kasih kepada masyarakat Melayu kerana memberi sokongan padu dan mandat buat parti kami.
"Ia adalah isyarat yang amat jelas bahawa masyarakat Melayu menghargai apa yang disumbangkan PAP sejak 50 tahun lalu. Ia juga petanda bahawa penghargaan ini diberi kerana masyarakat Melayu melihat kehidupan mereka bertambah baik dengan ramai yang berjaya hingga ke peringkat universiti.