Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan rakyat terhadap PAP lebih padu

CHAIRUL FAHMY HUSSAINI
Sep 13, 2015 | 04:00 AM



SEBAIK keputusan bagi GRC Aljunied diumumkan, Singapura menyaksikan sokongan rakyat terhadap Parti Tindakan Rakyat (PAP) adalah lebih padu.


Undi popular yang diraih parti pemerintah meningkat 9.72 peratus, dari 60.1 peratus yang dicatatkan pada pilihan raya umum 2011, kepada 69.86 peratus kali ini.


Secara keseluruhan, PAP memenangi 83 kerusi dari 89 kerusi yang dipertandingkan dan menerima 1,576,784 undi.


Mengulas akan kemenangan itu, Encik Lee dalam pertemuannya dengan pihak media tadi, antara lain berkata:


"Saya memutuskan untuk mengadakan pilihan raya ini kerana Singapura berada dalam satu titik tolak, Ia kini berada dalam SG50.


"... Saya ingin mandat baru dan jelas supaya PAP boleh kerja dengan rakayat supaya boleh bawa negara ini ke depan.


"Saya sangat gembira, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengundi dari setiap lapisan usia. Penghargaan khusus saya kepada pengundi Melayu/Islam kerana memberikan sokongan sangat kukuh...", ujarnya dan turut melahirkan penghargaan kepada anggota dan ahli parti atas sumbangan dan kerja keras mereka.


Dalam pada itu, parti-parti pembangkang melahirkan keterkejutan mereka terhadap keputusan pilihan raya yang jauh memesong dari jangkaan.


Parti Pekerja (WP) misalnya, menyaksikan peratusan undi popular mereka merosot 6.83 peratus daripada 46.58 peratus kepada 39.75 peratus.


Lebih mengecewakan, ia tidak dapat mempertahankan kemenangan di kawasan undi perseorangan Punggol East, selain tidak mampu merampas dua kerusi perseorangan lainnya, Fengshan dan Sengkang West.


WP mengekalkan kemenangan di kawasan undi perseorangan Hougang dan kawasan undi perwakilan kumpulan Aljunied, namun kedua-duanya dengan peratusan undi lebih rendah.


Mengulas tentang keputusan pilihan raya kali ini, setiausaha agung WP, Encik Low Thia Khiang, berkata, pihaknya telah menampilkan calon-calon terbaik dan berusaha mendapatkan sokongan rakyat.


"Saya gembira dengan sokongan yang diberikan dan berterima kasih atas kemenangan yang diraih namun kami gagal mempertahankan Punggol East," ujarnya.


Parti Perpaduan Nasional (NSP) pula menyaksikan kemerosotan paling teruk undi popular mereka, junam hampir 14 peratus dari 39.25 peratus pada 2011 kepada 25.27 peratus kali ini.


Ia turut menyaksikan salah seorang calonnya hilang wang cengkeram menyusuli kekalahan teruk dalam pertandingan tiga penjuru di kawasan undi MacPherson.


Parti Demokratik Singapura (SDP) menyaksikan impiannya untuk melangkah masuk ke parlimen musnah apabila gagal meraih kemenangan di 'kubu' kuat mereka di GRC Holland-Bukit Timah.


Malah, undi popular mereka turut menurun dari 36.76 peratus yang dicatatkan pada pilihan raya 2011 kepada 31.23 peratus.


Ditanya pihak media mengenai sokongan padu yang diberikan rakyat kepada PAP, Encik Lee berkata:


"Saya gembira dengan keputusan yang diterima, ia melebihi jangkaan kami dan kami akan bekerja lebih keras untuk memenuhi harapan yang diberikan rakyat kepada kami."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >