Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Solat Aidilfitri di 20 tempat tambahan diusahakan, selain di 68 masjid

Kebanyakan masjid sediakan sehingga dua sesi solat; 5 masjid mohon diadakan sistem tempahan bagi sesi pertama
Apr 14, 2023 | 09:13 AM



SEBANYAK 20 tempat tambahan bagi menampung lagi 10,000 ruang solat kini sedang diuruskan, sedang 68 masjid di serata negara bakal menyediakan 230,000 ruang sempena Hari Raya Aidilfitri akan datang.



Kebanyakan masjid menyediakan sehingga dua sesi solat Hari Raya dan tidak akan memerlukan tempahan awal bagi menempah ruang-ruang solat.



Namun tempahan awal bagi sesi solat pertama akan dilaksanakan di lima masjid - Darul Ghufran di Tampines Avenue 5; Masjid Al-Mawaddah di Compassvale Bow; Masjid Sallim Mattar di Mattar Rd; Masjid Wak Tanjong di Paya Lebar Road; dan Masjid Yusof Ishak di Woodlands Drive 17.



Ini selepas kelima-lima masjid itu sendiri yang memohon untuk melaksanakan sistem tempahan awal bagi sesi pertama dalam usaha menangani permintaan yang dijangka tinggi semasa sesi pertama itu, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu sidang media di Hab Islam Singapura, Braddell Road, pada Khamis.



Tiada tempahan diperlukan bagi sesi-sesi selanjutnya.



Sidang media itu dipengerusikan oleh Mufti, Dr Nazirudin Mohd Nasir; Timbalan Ketua Eksekutif (DCE) Muis, Encik Khairul Anwar Mohamed Abdul Alim; serta Ketua Dasar Masa Depan @ Sektor Satu Masjid (OMS), Encik Muhd Hafiz Jaafar.



Dalam sidang itu, Mufti berkata ramai jemaah dijangkakan semasa solat Hari Raya Aidilfitri nanti dan menggesa setiap jemaah agar memainkan peranan dengan menyokong satu sama lain agar solat dapat dilaksanakan dengan sempurna.



"Saya fikir kita akan dapat lakukannya dengan sempurna berdasarkan pencapaian kita semasa pandemik.



"Pada masa itu kita belajar banyak pengajaran bermakna, tanggungjawab sosial, perlunya mengutamakan keselamatan dan membantu satu sama lain.



"Malah sikap tidak mementingkan diri sendiri dan pengorbanan banyak dilakukan semasa pandemik, dan itulah pengajaran yang perlu diterap sentiasa meskipun selepas pandemik berakhir," katanya sambil mengaitkan nilai-nilai tersebut dengan Islam.



Daripada 68 masjid, sebanyak 12 daripadanya akan menjalankan tiga sesi solat, dengan 51 menjalankan dua sesi.



Sebanyak 61 masjid akan menawarkan ruang-ruang solat bagi jemaah wanita.



Selain sesi berulang yang disediakan, Muis turut menggesa masyarakat agar menimbangkan 13 masjid kurang sesak sebagai pilihan untuk melaksanakan ibadah solat Aidilfitri.



Menyentuh tentang ruang solat bagi pekerja migran, Muis berkata pihaknya dan Kementerian Tenaga Manusia MOM) sedang bekerjasama dengan pengendali dormitori untuk menyediakan sesi solat di dormitori serta pusat rekreasi.



Ini akan menambah ruang yang tersedia bagi pekerja tersebut berbanding semasa cuti umum Good Friday yang lalu di mana beberapa masjid menghadapi kesesakan menyusuli jemaah yang ramai, kata Muis.



Encik Khairul pula berkata maklum balas beberapa pemimpin masjid dan orang ramai ialah bagaimana untuk memastikan pengedaran optimum kapasiti dan bagaimana untuk menggunakan komunikasi serta pengaruh untuk mengarahkan jemaah ke tempat yang mempunyai kapasiti tambahan.



"Jadi, intinya ini... jemaah ada banyak pilihan. Kami minta kerjasama semua untuk memastikan pengalaman positif pada pagi Raya.



"Pertama, rancangkan awal. Kalau boleh, pergi ke masjid yang kurang sesak dan sesi kedua, untuk meredakan kesesakan pada sesi pertama.



"Kedua, tibalah tepat pada masa sesi solat masing-masing dan kalau sudah penuh, tunggulah sesi kemudian," katanya.



Laporan lanjut: 






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >