Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPH capai huraian dengan SyndiGate Media tentang edaran artikel tanpa izin

Jan 28, 2016 | 10:48 AM



SYARIKAT media Singapore Press Holdings (SPH) berkata ia telah mencapai satu penyelesaian mengenai perbuatana mengedar artikelnya tanpa kebenaran.


Kenyataan itu menyusuli permohonan maaf kepada SPH diterbitkan dalam edisi Rabu (27 Jan) akhbar The Straits Times oleh SyndiGate Media, sebuah perkhidmatan pensindiketan kandungan digital berdaftar di Amerika Syarikat.


Dalam permohonan maaf itu, SyndiGate Media berkata ia telah melanggar syarat-syarat perjanjian lesen kandungannya dengan SPH, dan menyebabkan pengagihan tidak dibenarkan artikel milik SPH dan diterbitkan dalam The Straits Times dan The Sunday Times.


Artikel-artikel itu diterbitkan semula di aset dalam talian MSN antara Jun dan Ogos tahun lalu.


"Semua langkah telah diambil untuk menghentikan semua pengedaran yang tidak dibenarkan artikel di aset dalam talian MSN," kata SyndiGate Media.


Ia juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatan pelanggaran itu.


SPH berkata dalam satu kenyataan: "Singapore Press Holdings Ltd, Microsoft Corporation dan Microsoft Operations Pte Ltd, dan SyndiGate Media Inc telah mencapai satu penyelesaian mengenai pengedaran tidak dibenarkan oleh SyndiGate artikel milik SPH, dan diterbitkan semula di aset dalam talian MSN oleh Microsoft, melanggar hak cipta dan hak harta intelek lain SPH.


"SyndiGate telah mengeluarkan permohonan maaf pada Halaman B3 pada 27 Jan, 2016, edisi The Straits Times. SPH tidak mahu mengulas lanjut kerana terma penyelesaian itu adalah sulit."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >