KUMPULAN media Singapore Press Holdings (SPH) Ltd akan menjual pemegangan saham minoritinya bernilai $18 juta dalam perniagaan hiburan televisyen dan akhbar di Mediacorp, menurut kenyataan bersama SPH dan Mediacorp semalam.
Ia melibatkan penjualan 20 peratus pemegangan saham SPH dalam Mediacorp TV Holdings Pte Ltd, yang memiliki Saluran 5, 8, U dan Mediacorp Studios.