SYARIKAT Singapore Press Holdings Limited (SPH) telah melantik seorang pakar pelaburan, Encik Chua Boon Ping, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dana Media SPH.
Menurut Singapore Press Holdings Ltd dalam satu kenyataan semalam, Encik Chua, 43 tahun, merupakan Naib Presiden Kanan EDB Investment Pte Ltd sebelum menyertai SPH.