Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

SPH Media Trust terima anugerah Covid-19 kebangsaan

Penerima termasuk Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir yang diiktiraf dengan Pingat Pentadbiran Awam (Perak) (Covid-19)
Jun 18, 2023 | 09:16 PM



Kumpulan Media Inggeris, Melayu, Tamil dan Kumpulan Media Cina, SPH Media Trust (SMT) telah dianugerah Sijil Kepujian Presiden (Covid-19) pada Ahad.

Ketua wartawan foto dari The Straits Times, Encik Kevin Lim, menerima sijil itu bagi pihak SMT daripada Presiden Halimah Yacob dalam majlis yang berlangsung di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central.

Di samping itu, lebih 100 individu dan 450 pasukan menerima Anugerah Kebangsaan (Covid-19) dalam lima kategori anugerah daripada Presiden Halimah di majlis berkenaan.

Anugerah itu adalah anugerah khas negara yang diberikan kepada individu dan pasukan daripada sektor awam, swasta dan rakyat sebagai mengiktiraf semangat awam dan sumbangan cemerlang mereka kepada perjuangan Singapura menentang pandemik Covid-19.

Lima kategori anugerah yang diberikan itu ialah Pingat Jasa Gemilang (Covid-19), Bintang Bakti Masyarakat (Covid-19), Pingat Pentadbiran Awam (Emas) (Covid-19), Pingat Keberanian (Covid-19) dan Sijil Kepujian Presiden (Covid-19).

Majlis yang diadakan di ITE Kolej Central di Ang Mo Kio itu dihadiri sekitar 850 tetamu termasuk Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Encik Lee pada Rapat Hari Kebangsaan 2022 berkata mereka yang telah menyumbang kepada perjuangan pandemik Covid-19 bakal diiktiraf.

Anugerah tertinggi, Pingat Jasa Gemilang (COVID-19), telah diberikan kepada tiga individu yang mempamerkan komitmen yang tidak berbelah bagi dan kepimpinan contoh dalam menyelaraskan tindakan Singapura terhadap pandemik itu, memimpin usaha peringkat nasional bagi melindungi nyawa dan mata pencarian, serta mengemudi negara ke arah pemulihan.

Ia diberikan kepada Pengarah Khidmat Perubatan Kementerian Kesihatan, Profesor Madya Kenneth Mak atas peranannya sebagai penasihat Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 dalam melakarkan strategi untuk menangani Covid-19.

Dua lagi penerima anugerah itu ialah Pengerusi Kumpulan Eksekutif Krisis Dalam Negeri (HCEG) dan Setiausaha Tetap Kementerian Ehwal Dalam Negeri, Encik Pang Kin Keong; dan Ketua Pasukan Bertindak Kemudahan Penjagaan Masyarakat, Kumpulan Kerja Covid-19 Temasek, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, PSA International, Encik Tan Chong Meng.

Antara penerima lain ialah Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir yang diiktiraf dengan Pingat Pentadbiran Awam (Perak) (Covid-19).

Mereka antara sekitar 9,500 individu yang diiktiraf dengan Anugerah Kebangsaan (Covid-19) terdiri daripada 4,000 individu daripada sektor penjagaan kesihatan awam, 4,500 dari sektor awam dan sekitar 900 daripada sektor swasta dan rakyat.

Dua Anugerah Kebangsaan baru iaitu Pingat Daya Tahan Covid-19 dan Sijil Daya Tahan Covid-19 akan diberikan kepada mereka yang telah membuat sumbangan substantif dan terlibat secara langsung dalam usaha Singapura melawan pandemik itu.

Lebih 100,000 individu dan 1,000 pasukan daripada sektor awam, swasta dan rakyat akan menerima pingat dan sijil itu.

Secara keseluruhan, sekitar 119,950 individu dan 1,550 pasukan menerima Anugerah Kebangsaan (Covid-19) dalam 11 kategori.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >