LEBIH 200 benefisiari daripada pertubuhan kebajikan sukarela (VWO) Care Singapore dan waris mereka telah dijemput menghadiri pesta tahunan menyambut akhir tahun anjuran Singapore Press Holdings (SPH) di Auditorium News Centre semalam.
Mereka disajikan dengan hidangan bufet makan tengah hari, persembahan silap mata dan juga permainan menarik oleh ahli pengurusan kanan dan kakitangan SPH untuk menyebarkan keceriaan perayaan kepada kanak-kanak pertubuhan tersebut.