SPH saman pasangan TRS kerana langgar hak cipta

SYARIKAT media Singapore Press Holdings telah menyaman pasangan editor bagi laman sosiopolitik The Real Singapore selepas mereka dikatakan telah melanggar kandungan hak cipta terpelihara syarikat tersebut.

Dokumen mahkamah bagi saman tersebut diberikan kepada Yang Kaiheng, 26 tahun, dan tunangnya, Ai Takagi, 22 tahun, seorang warga Australia ketika mereka sedang menuju untuk menghadiri persidangan sebelum perbicaraan di luar Mahkahmah Negara hari ini.

Writ Saman itu diberikan oleh WongPartnership.

SPH mendakwa dalam writ itu bahawa sama ada Yang atau Takagi, atau kededuanya, telah melanggar kandungan hak cipta terpelihara SPH dengan menerbitkan semula dan/atau menerbitkan semula dengan banyaknya artikel-artikel SPH, dan/atau mengarahkan penerbitan tanpa lesen dan kebenaran syarikat itu.

SPH antara lain telah meminta kededua defendan mengisytiharkan pelanggaran tersebut; tegahan bagi menerbitkannya; ganti rugi; secara alternatif keuntungan yang mereka catatkan selepas melanggar hak cipta itu dan semua jumlah bayaran yang dicatatkan.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.