Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPH secara rasmi keluar dari SGX; Gerald Yong ambil alih dari Ng Yat Chung sebagai CEO

May 14, 2022 | 10:39 PM



SELEPAS 38 tahun di Bursa Singapura, Singapore Press Holdings (SPH) secara rasmi dikeluarkan dari bursa itu pada hari Jumaat (13 Mei) untuk menjadi milik penuh Cuscaden Peak.



Ketua pegawai eksekutif SPH, Encik Ng Yat Chung, akan melepaskan jawatannya pada Isnin (16 Mei), bersama-sama dengan pengarah SPH sekarang. Satu lembaga baru akan ditubuhkan kemudian.



Dalam e-mel kepada kakitangan SPH pada hari Jumaat yang dilihat oleh The Straits Times, Encik Ng berkata Ketua Pegawai Eksekutif (Projek Khas) CapitaLand, Encik Gerald Yong, akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SPH mulai Isnin.



"Lembaga SPH baru akan dipengerusikan oleh Encik Christopher Lim, yang juga Pengerusi Cuscaden Peak Pte Ltd," kata Encik Ng.



Encik Ng berkata beliau akan kekal sebagai penasihat kanan SPH untuk memastikan peralihan yang lancar untuk lembaga pengarah dan CEO baru.



Khamis lalu, Cuscaden mengumumkan dalam pemfailan bursa bahawa pembayaran pertimbangan skim Cuscaden untuk mengambil alih SPH telah dilaksanakan.



Cuscaden ialah sebuah konsortium yang terdiri daripada Hotel Properties (HPL) milik hartawan Ong Beng Seng serta CLA Real Estate Holdings dan Mapletree yang berkaitan dengan Temasek.



SPH terdiri daripada aset bukan media seperti hartanah runcit dan penjagaan warga emas, selepas ia menyusun semula perniagaan medianya - termasuk akhbar seperti The Straits Times, Lianhe Zaobao dan Berita Harian - menjadi badan tidak berasaskan keuntungan SPH Media Trust Disember lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >