SYARIKAT media Singapore Press Holdings Ltd (SPH) akan mempunyai satu divisyen baru yang akan menyepadukan huraian pemasaran dalam pelbagai wadah termasuk cetak, digital, radio dan pengiklanan di luar rumah (out-of-home).
Divisyen Pemasaran Bersepadu yang baru itu ditubuhkan sebagai sebahagian usaha SPH menyemak operasi penjualannya.