Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SportSG: Keputusan bubar atau tidak Singa Muda terletak pada FAS

Sep 13, 2017 | 05:30 AM



KEPUTUSAN sama ada membubar atau mengekalkan pasukan Singa Muda adalah sesuatu yang harus dibuat Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).



Namun, Sport Singapore (SportSG) bersedia berbincang dengan FAS untuk mencapai keputusan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) agensi itu, Encik Lim Teck Yin.



Bercakap kepada media semasa membentangkan prestasi keseluruhan pasukan dan atlit Team Singapore di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur yang baru lalu, Encik Lim berkata yang jelas pada masa ini ialah perlunya menentukan usaha mengubah proses pembangunan belia.



"Bukan dalam pembangunan bakat sahaja, malah memastikan pasukan belia dapat terus mewakili negara dalam pasukan bola sepak senior.



"Ia mungkin memerlukan keutamaan dalam beberapa sumber, seperti pembangunan belia atau pelaburan dalam pembangunan belia.



"Saya fikir apabila FAS membawa masuk pengarah teknikal Michel Sablon, FAS memberi isyarat bahawa mereka ingin memastikan ia tercapai.



"Saya fikir dalam menilai semula liga bola sepak tempatan, kita perlu menimbangkan itu semua - mengambil kira dana yang disediakan bagi keseluruhan pembangunan bola sepak.



"Maka pembangunan belia akan menjadi keutamaan," katanya, sambil menambah bahawa para pemain kini "bimbang mengenai masa depan mereka".



Dalam temasya Sukan SEA KL, pasukan bola sepak Singapura terkandas di peringkat kumpulan.



Kekalahan kepada Myanmar dan pasukan tuan rumah Malaysia di peringkat kumpulan memusnahkan harapan pasukan muda Singapura.



Mereka kecundang 2-0 dalam perlawanan pembukaan menentang Myanmar, sebelum mengalami kekalahan 2-1 di tangan Malaysia.



Mereka kembali bangkit dengan persembahan memberangsangkan ketika menentang Laos dan berjaya menewaskan mereka 2-0.



Skuad Singa Muda menamatkan perjuangan mereka di temasya itu dengan menewaskan Brunei 1-0.



Dalam sidang media itu semalam, Encik Lim turut menekankan bahawa Persatuan Atletik Singapura (SAA) perlu menilai semula persembahan mereka selepas kelakonan hambar di temasya tersebut.



Hanya pelari maraton Soh Rui Yong dan atlit lompat tinggi Michelle Sng memenangi dua daripada 45 pingat emas atletik yang dipertandingkan.



Persatuan itu telah mendapat perhatian kerana perkembangan negatif hingga mendorong Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) dan SportSG campur tangan awal tahun ini untuk menguruskan pasukan atletik temasya Sukan SEA.



"Akan terdapat perbincangan tegas dalam minggu-minggu akan datang. Akan terdapat keputusan tegas yang perlu diambil," kata Encik Lim.



Ditanyaapakah ini bermakna dana kepada persatuan itu akan ditarik balik, Encik Lim berkata: "SportSG amat jelas mengenai perjanjian dana dengan Atletik Singapura."



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu, yang turut hadir di sidang itu, berkata pencapaian Singapura dalam temasya Sukan SEA kali ini merupakan satu kejayaan, dan beliau memuji beberapa sukan yang sebelum ini ketandusan pingat kerana membawa pulang pingat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >