Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SportSG, rakan kongsi mohon maaf 'kesilapan' projek kitar semula

Feb 28, 2023 | 05:30 AM



MAJLIS Sukan Singapura (SportSG) dan rakan kongsinya dalam sebuah projek kitar semula untuk kasut pada hari Isnin membuat permohonan maaf bersama atas "kesilapan" yang diketengahkan dalam penyiasatan Reuters.



Siasatan itu mendedahkan bahawa kasut lama yang sepatutnya dikitar semula untuk digunakan dalam membina taman permainan dan trek larian telah sebaliknya dijual di Indonesia.



Rakan kongsi projek itu terdiri daripada peruncit barangan sukan, Decathlon; syarikat kimia, Dow; bank Standard Chartered; firma pembinaan kemudahan sukan tempatan, B.T. Sports; dan syarikat pengurusan sisa tempatan, Alba-WH.



Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh SportSG, rakan kongsi berkata: "Rakan kongsi projek tidak membenarkan sebarang penyingkiran atau eksport kasut tanpa kebenaran yang dikumpul melalui program ini.



"Kami juga akan mengambil langkah selanjutnya untuk mengetatkan rantaian proses berdasarkan pembelajaran kami daripada kejadian ini.



"Rakan kongsi projek dengan ikhlas memohon maaf kepada orang ramai atas kesilapan ini. Kami berterima kasih kepada Reuters kerana menyerlahkan perkara ini kepada kami supaya kami boleh mengambil langkah segera untuk membetulkan keadaan."



Dilancarkan oleh Dow dengan kerjasama SportSG pada September 2020, projek itu menyasarkan untuk mengitar semula tapak kaki daripada 300,000 pasang kasut yang disumbangkan oleh orang ramai.



Kasut tersebut akan digunakan sebagai bahan untuk membina trek lari-lari anak, kawasan kecergasan dan taman permainan dalam tempoh tiga tahun akan datang.



Penyumbang boleh meletakkan kasut mereka di tong di lebih 30 tempat pengumpulan, seperti pusat sukan dan stadium ActiveSG, kedai Decathlon dan JD Sports.



Alba-WH bertanggungjawab mengumpul kasut dan B.T. Sports, yang menguruskan kemudahan pengisaran, bertanggungjawab untuk menukar kasut kepada getah dan bahan lain.



Dalam laporan siasatannya pada Ahad, Reuters berkata wartawannya telah menyumbangkan 11 pasang kasut di lokasi berbeza di sekitar Singapura dan menjejaki mereka dalam tempoh enam bulan.



Menurut laporannya, tiada kasut yang tiba ke kemudahan kitar semula Singapura, malah, beberapa pasang dijual di bazar yang sesak di ibu kota Indonesia Jakarta dan Batam.



Dalam kenyataan bersama itu, rakan kongsi menjelaskan bahawa Alba-WH telah mengikat kontrak dengan firma kitar semula Yok Impex untuk mengutip kasut di tong tersebut.



Tong tersebut diisih di premis Yok Impex sebelum dihantar ke gudang Alba-WH untuk didaftarkan dan ditimbang, dan akhirnya kasut akan dihantar ke kemudahan pengiris B.T. Sports.



"Penemuan siasatan telah mengesahkan bahawa rantaian bekalan telah terjejas di premis Yok Impex, di mana pengumpulan tong kasut selari dengan aktiviti penyisihan Yok Impex mengakibatkan beberapa kasut diekstrak untuk dijual semula dan bukannya dikitar semula," kata kenyataan itu.



"Ini mungkin bagaimana kasut yang dijejaki oleh Reuters - dan mungkin yang lain - diekstrak daripada tong kitar semula program di premis Yok Impex untuk digunakan semula dan dieksport ke negara lain.



"Alba-WH sejak itu telah menghentikan tong pengumpulan daripada dihantar ke premis Yok Impex, dan tidak akan memperbaharui perkhidmatan Yok Impex," tambah kenyataan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >