PUCUK pimpinan Parti Rakyat Singapura (SPP) dan Parti Progresif Demokratik (DPP) berkata mereka masih berbincang mengenai gabungan calon GRC Bishan-Toa Payoh daripada kededua buah parti dan akan hanya mendedahkan pasukan mereka itu hampir pada Hari Penamaan Calon.
Sedang kedua-dua pihak bersetuju bertanding di bawah tiket SPP, namun satu perkara yang masih belum dihuraikan ialah jumlah calon daripada setiap parti yang akan diketengahkan bagi GRC lima-anggota itu.