Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura akan bertindak terhadap DBS, cawangan StanChart dan UBS berkaitan siasatan 1MDB

Jul 21, 2016 | 01:08 PM



SEBAGAI respons terhadap tindakan Amerika Syarikat pada Rabu berkaitan rasuah dalam syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pihak berkuasa Singapura berkata mereka mendapati kesilapan dalam kawalan pengubahan wang haram (AML) di beberapa institusi kewangan di sini, termasuk DBS dan cawangan Singapura Standard Chartered Bank dan UBS, dan akan mengambil tindakan terhadap mereka.

Mereka juga menambah bahawa akaun bank milik pelbagai individu telah disita dan urusan dalam hartanah miliki beberapa individu itu disekat.

Aset itu berjumlah $240 juta kesemuanya. Ini termasuk akaun bank dan hartanah bernilai kira-kira $120 juta milik Encik Low Taek Jho - pembiaya Malaysia dan orang kepercayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - dan keluarga terdekatnya.

Dalam satu kenyataan bersama pada Khamis (21 Julai, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkata mereka masih meneruskan siasatan ke atas pelbagai dana 1MDB yang berkaitan dengan aliran melalui Singapura untuk melihat kemungkinan berlaku AML, penipuan sekuriti, penipuan, dan kesalahan lain yang dilakukan di sini.

"Kami ambil perhatian kenyataan Peguam Negara AS pada 20 Julai 2016, yang bertindak untuk merampas dan mendapatkan semula aset berlinah lebih AS$1 bilion yang dikaitkan dengan konspirasi antarabangsa untuk menyalurkan dana yang ada kaitan dengan 1MDB," kata mereka.

"Siasatan Singapura bermula pada Mac 2015 dan masih berjalan."

Pihak berkuasa Singapura juga menyebut satu nama baru dalam siasatan mereka - Raffles Money Change (RMC) - pengurup wang dan pengiriman wang ejen berlesen.

MAS berkata pemeriksaan mendedahkan kelemahan pengawasan pengurusan, amalan pengurusan risiko dan kawalan dalaman tidak mencukupi.

MAS berkata ia sedang memuktamadkan tindakan kawal selia terhadap RMC, dan siasatan terhadap institusi kewangan lain sedang berjalan. Ia akan mengambil tindakan kawal selia tegas terhadap sembarang FI yang melanggar peraturan atau gagal memenuhi piawaian AML, kata MAS.

Ketiga-tiga agensi Singapura itu berkata aliran dana yang disiasat termasuk yang ada kaitan dengan Good Star Limited (Seychelles), Aabar Investments PJS Limited (BVI), Aabar Investments PJS Limited (Seychelles), dan Tanore Finance Corp (BVI).

Siasatan jenayah oleh CAD disasarkan pada individu yang disyaki melakukan kesalahan di Singapura berkaitan aliran itu, manakala MAS menyiasat institusi kewangan di mana dana tersebut mengalir bagi memastikan apakah berlaku perlanggaran peraturan dan kecuaian kawalan.

MAS berkata ia telah menyelesaikan pemeriksaannya ke atas DBS dan cawangan Singapura Standard Chartered Bank dan UBS dan sedang memuktamadkan penilaiannya.

"Penemuan awal ialah terdapat contoh kegagalan kawalan dalam ketiga-tiga bank dan, dalam beberapa kes, kelemahan dalam proses menerima dan memantau urus niaga pelanggan. Terdapat juga kelewatan dalam mengesan dan melaporkan urus niaga mencurigakan," katanya.

Bagaimanapun, pemeriksaan MAS tidak mendedahkan kelemahan kawalan yang meluas atau salah laku kakitangan dalam bank-bank itu, tidak seperti dalam kes BSI Bank.

MAS juga berkata ia telah menyelesaikan pemeriksaan di lokasi cawangan Singapura Falcon Private Bank pada April 2016, dan mendapati pelanggaran besar peraturan AML, termasuk kegagalan menilai secukupnya penyelewengan dalam kegiatan berkaitan akaun pelanggan dan kegagalan memfailkan laporan transaksi mencurigakan.

Bagaimanapun, pemeriksaan penyeliaan Falcon PBS masih berterusan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >