S'pura akan tambah perancang bantu tentang ISIS

ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) akan tingkatkan kerahan para perancang untuk membantu perikatan berbilang negara menentang kumpulan militan ISIS, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Heng, hari ini, Isnin

Para perancang itu akan dihantar untuk menyertai ibu pejabat Angkatan Bertindak Bersama dan Pusat Operasi Bersama Udara, kata beliau di Parlimen.

Singapura juga akan menghantar pasukan Tinjauan Tapak Pra-Kerahan sebagai persiapan sebelum mengerahkan pesawat tangki.

Dr Ng berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Encik Alex Yam (GRC Choa Chu Kang) mengenai bilangan dan penglibatan Singapura dalam membantu perikatan menentang ISIS, selain pertanyaan sama ada lebih banyak permohonan bantuan dari negara ini akan diberikan dalam tempoh pertengahan ini.

"Buat masa awal penglibatan kita ini, adalah terlalu awal untuk menetukan jika terdapat lagi permohonan bagi bantuan yang lebih besar dari Singapura kepada perikatan," kata Dr Ng.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 28
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.