Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Spura ambil langkah tegas tentang ISIS

Nov 03, 2014 | 08:51 PM



SINGAPURA akan menyertai 33 buah negara lain dalam pakatan berbilang negara untuk memerangi kumpulan mulitan IS, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, di Parlimen tadi.


Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sebelum ini telah pun menyertai pakatan sedemikian menentang golongan ektermis yang merupakan ancaman kepada Singapura dan warga Singapura - seperti di Afghanistan menentang Al Qaeda dan Taliban. Dr Ng berkata SAF akan terus menyertai usaha-usaha sedemikian.


Menjawab pertanyaan Anggota Parlimen, Encik Alex Yam (GRC Chua Chu Kang), mengenai bagaimana SAF akan menyumbang kepada pakatan itu, Dr Ng menekankan SAF akan menyumbang di dalam kemampuannya dan secara yang berkekalan lagi bermakna.


Ini termasuk mengirimkan pegawai perhubungan dan perancangan bagi membantu ibu pejabat Pusat Komand Amerika Syarikat dan Pasukan Bertindak Bersama. SAF juga akan mengerahkan aset yang sebelum ini dikirimkan ke Iraq dan Afghanistan iaitu pesawat udara tanki KC-135R dan Pasukan Penganalisis Imej.


Sumbangan-sumbangan tersebut, menurut Dr Ng, telah terbukti berkesan dan dihargai rakan kongsi antarabangsa SAF.


Sementara itu, beliau menekankan, tiada askar SAF yang akan dikerah ke Iraq dan Syria. Sebaliknya, mereka akan beroperasi daripada negara-negara jiran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >