S'pura-Australia orak langkah tingkat kerjasama lebih tinggi

NUR ADILAH MAHBOB

SINGAPURA dan Australia membawa hubungan dua hala kededua ke tahap lebih tinggi menerusi Kerjasama Strategik Menyeluruh yang akan dilaksana dalam tempoh sedekad.

Ini diumumkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan rakan sejawatnya Tony Abbott dalam satu sidang media di Istana tadi.

Kerjasama itu akan merangkumi pelbagai bidang termasuk ekonomi, ehwal luar, pertahanan, keselamatan dan hubungan antara rakyat.

Hari ini, kededua negara memeterai beberapa Memorandum Persefahaman (MOU) termasuk untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan, kerjasama dalam menangani pengganasan dan berganding bahu dalam bidang seni dan budaya.

Tahun ini, Singapura dan Australia meraikan lima dekad dalam hubungan diplomatik.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 22
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.