Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura berusaha tingkat kemahiran warga dan meluaskan peluang bagi pembentukan Negara Bijak

Aug 20, 2017 | 09:21 PM



PEMERINTAH akan melakukan pelbagai usaha bagi membangunkan keupayaan warga dan perniagaan sedang ia membentuk Singapura sebagai sebuah Negara Bijak.



"Dunia telah berubah. Sekiranya kita turut sama berubah, kita akan ketinggalan. Untuk itu, Singapura mesti kekal sebagai antara yang berada di hadapan untuk menarik bakat dan perniagaan, sepertimana yang sering kita lakukan.



"Bagi melaksanakan projek Negara Bijak, sama ada kecil atau besar, kita memerlukan jurutera, perancang program, penganalisa data, teknisyen.



"Terdapat kekurangan bakat dan kemahiran sedemikian di serata dunia. Tetapi kita mesti membangunkan bakat kita dengan segera.



"Pemerintah menawarkan biasiswa dan tajaan bagi kejuruteraan," ujarnya yang melakarkan pendekatan pemerintah dalam menjayakan usahanya.



Tambahnya, program peningkatan kemahiran SkillsFuture dan Program Pengalihan Karyawan akan membantu warga meningkatkan dan mempertingkatkan kemahiran mereka.



"Ini adalah satu cara yang dilakukan secara langsung di mana Negara Bijak akan mewujudkan pekerjaan baru untuk kita semua, tua dan muda.



"Kita sedang melakukan segala usaha untuk membawa semua orang bersama. Menerusi sekolah-sekolah kita, menerusi SkillsFuture, dan menerusi PA," ujarnya.



Mengakhiri ucapannya, Encik Lee menekankan bahawa usaha Pemerintah menjadikan sistem prasekolah lebih baik adalah demi membolehkan setiap anak bermula dengan baik dan menikmati peluang terbaik dalam hidup mereka.



Gesaannya untuk rakyat menangani penyakit kencing manis adalah bagi membolehkan warga menikmati kehidupan yang sihat dan lebih baik.



Usaha pemerintah membangunkan sebuah Negara Bijak adalah demi mewujudkan peluang untuk setiap warga.



Ini sekaligus meletakkan Singapura sebagai sebuah bandar yang maju di dunia.



"Mengapakah kita terlalu sibuk dengan masa depan? Untuk siapakah kita lakukan semua ini?



"Ia bukan untuk diri kita sahaja, tetapi untuk anak kita dan generasi masa depan," katanya di acara yang berlangsung di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) di Ang Mo Kio Drive.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >