SINGAPURA kini mempunyai kawasan tambahan seluas 16.7 juta kubik meter bagi keperluan penghapusan sampah dengan selesainya pembinaan Tanah Pelupusan Semakau Tahap II, semalam.
Keluasan itu adalah hampir sama dengan 6,700 kolam renang saiz Olympik. Dengan penambahan ini, Singapura kini boleh menampung keperluan pemusnahan sampah bagi 20 tahun lagi dan lebih, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam kenyataannya semalam.