TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, telah bertemu dengan Presiden Vietnam Tran Dai Quang semasa lawatan rasminya ke Vietnam.
Menerusi kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MFA) semalam, Encik Teo yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (Kewangan merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Encik Liang Eng Hwa dan timbalan pengerusinya, Encik Cedric Foo, berada di Hanoi dari Ahad lalu hingga kelmarin.