Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura dijangka tidak mengalami jerebu

Apr 21, 2017 | 03:18 PM



SINGAPURA dijangka tidak mengalami masalah jerebu kerana berdasarkan gambaran terkini satelit, tidak terdapat kawasan berjerebu atau pusat pembakaran yang mengakibatkan kabut di rantau berdekatan, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam kenyataannya hari ini.



Hujan pada lewat pagi telah membantu meningkatkan mutu udara yang agak berjerebu awal pagi tadi.



"Singapura mengalami keadaan agak berjerebu pagi ini, dan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam pagi ini mencatatkan paras sederhana agak tinggi disebabkan pengumpulan debu sebesar zarah semasa angin bertiup lembut.



"Keadaan jerebu ini dapat ditangani disebabkan angin Sumatra yang menyebabkan hujan di serata negara."



Sehingga 10 pagi tadi, bacaan PSI 24 jam adalah di paras sederhana, antara 61 hingga 94.



Bacaan mutu udara bagi paras zarah PM2.5 pula adalah dalam lingkungan biasa (Band 1).



Hujan lebat telah mencerahkan sebahagian besar kawasan Singapura, dan cuaca sepanjang hari dijangka mendung dengan hujan renyai-renyai pada sebelah tengah hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >