Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

S’pura hadapi risiko jerebu mulai Jun ekoran cuaca kering, panas

Pasukan antara agensi telah melakar pelan bertindak jika jerebu berlaku: Khidmat Kaji Cuaca
May 30, 2023 | 05:36 PM



ORANG ramai dinasihatkan supaya memastikan mereka mempunyai pelitup muka N95 yang cukup dan pembersih udara yang berfungsi baik kerana terdapat risiko jerebu rentas sempadan yang lebih tinggi akan melanda Singapura mulai Jun berikutan keadaan cuaca yang lebih kering dan panas.

Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) berkata dalam satu kenyataan pada Selasa bahawa pasukan petugas jerebu antara agensi pemerintah telah melakar pelan untuk bertindak sekiranya jerebu melanda.

Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam Singapura setakat 3 petang pada Selasa adalah antara 25 di utara, hingga 51 di timur. Bacaan 0 hingga 50 dianggap kualiti udara yang baik, manakala bacaan antara 51 hingga 100 dianggap sederhana.

Bacaan PM2.5 sepanjang sejam, petunjuk bagi kualiti udara semasa, adalah antara 6 di utara dan 17 di barat pada 3 petang. Bacaan 0 hingga 55 dianggap normal.

Menurut tinjauan jerebu di laman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), cuaca kering berkemungkinan berlaku di banyak bahagian wilayah selatan Asean, walaupun hujan dijangka berlaku di bahagian tengah Sumatera, utara Borneo dan Sulawesi.

Jumlah titik panas yang lebih tinggi mungkin dijangka di kawasan yang terdedah kepada kebakaran di wilayah ini di bawah keadaan cuaca kering semasa, dengan peningkatan risiko pembangunan jerebu asap.

Walaupun pelitup N95 tidak diperlukan di dalam rumah atau semasa berulang-alik, orang yang sihat yang terpaksa berada di luar rumah selama beberapa jam semasa kualiti udara berada di tahap berbahaya boleh mengurangkan pendedahan dengan memakai pelitup N95.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >