Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura hadapi satu lagi gelombang Covid-19 sejak Mac: Ye Kung

MOH jangka jangkitan harian naik daripada 1,400 kes sehari pada Mac 2023 kepada sekitar 4,000 kes sehari minggu lalu
Apr 15, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA berada di tengah-tengah satu lagi gelombang baru jangkitan Covid-19 sejak Mac meskipun pemerintah sudah pun menganggap koronavirus tersebut sebagai sesuatu yang endemik.



Memberi perkembangan terkini mengenai Covid-19, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata kementeriannya menganggarkan jangkitan harian mungkin meningkat daripada 1,400 kes sehari pada Mac 2023 kepada sekitar 4,000 kes sehari minggu lalu.



Ini merupakan sebahagian kecil daripada sekitar 20,000 kes sehari yang pernah dihadapi Singapura semasa tempoh krisis pandemik, katanya.



"Semua petunjuk menunjukkan bahawa selama sebulan lalu, kita berada di tengah-tengah satu lagi gelombang jangkitan Covid-19.



"Bagaimanapun, seperti semua penyakit endemik, kami tidak lagi mempunyai data yang sangat terperinci tentang jangkitan Covid-19.



"Penilaian kami ialah bilangan kes berkemungkinan stabil minggu ini," ujar Encik Ong.



Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapannya di seminar pelan kerja bagi rakan kongsi masyarakat dan doktor perubatan umum (GP) anjuran Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG) pada Jumaat.



Encik Ong menambah bahawa bilangan pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital telah meningkat, namun bilangan tersebut jauh di bawah berbanding semasa kemuncak pandemik.



Mereka yang perlu dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU) juga kekal stabil dan rendah.



Bilangan pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital meningkat daripada 80 kepada 220 sepanjang Mac, sementara bilangan mereka yang perlu dimasukkan ke ICU kurang dari 10 pesakit pada satu-satu masa bagi tempoh itu.



"Apa yang berlaku ialah petunjuk jelas yang menggambarkan sejauh mana kita telah melangkah.



"Walaupun semasa gelombang jangkitan Covid-19, kita terus menjalani kehidupan secara normal, tidak terlalu sibuk dengan jumlah jangkitan dan tidak perlu sentiasa bercakap mengenainya - inilah yang dinamakan endemik," kata Encik Ong.



Pun begitu, beliau menambah bahawa meskipun gelombang kali ini bukan gelombang jangkitan yang teruk, beban kes tambahan menambah kepada beban kerja hospital yang sudah pun berat.



"Jadi sila didik pesakit anda - duduk di rumah dan pakai pelitup jika mereka tidak sihat, dan dapatkan vaksin setiap tahun jika mereka daripada golongan lebih terdedah atau berumur 60 tahun ke atas," tambahnya.



Dalam ucapannya, Encik Ong turut menyentuh tentang usaha SG Lebih Sihat.



Kementerian Kesihatan (MOH) bersama Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) telah berusaha mendekati para GP dan membangunkan program SG Lebih Sihat bersama dengan mendapatkan pandangan mereka.



"Kami mula merekrut GP ke SG Lebih Sihat pada pertengahan Mac. Saya sangat digalakkan oleh sambutan dan momentum penyertaan.



"Sebanyak 90 peratus daripada klinik dalam Rangkaian Penjagaan Utama kami telah memohon untuk menyertainya.



"Sehingga semalam, daripada 1,200 klinik CHAS (Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat) yang layak menyertainya, kira-kira 800 telah dimasukkan ke SG Lebih Sihat," ujar Encik Ong.



Beliau menambah bahawa program tersebut berada pada landasan yang betul untuk dilancarkan pada Julai 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >