Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, Hong Kong pererat hubungandua hala

Ketua Eksekutif Hong Kong, Encik John Lee, mengadakan lawatan pertamanya ke Singapura sejak pelantikannya pada 2022
Jul 24, 2023 | 07:41 PM



Ketua Eksekutif Hong Kong, Encik John Lee, dan Perdana Menteri (PM) Singapura, Encik Lee Hsien Loong, mengesahkan semula hubungan “rapat dan lama” antara kedua-dua bandar global itu.

Dalam satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Isnin, PM Lee melahirkan keyakinan terhadap pembangunan dan kemakmuran Hong Kong yang berterusan di bawah rangka kerja “Satu Negara, Dua Sistem”.

Kedua-dua pemimpin bertemu di Istana, di mana PM Lee turut menjamu Encik Lee makan tengah hari.

Ini merupakan lawatan pertama Encik Lee, yang mengadakan lawatan rasmi tiga hari sejak Ahad, ke Singapura sejak dilantik menjadi Ketua Eksekutif pada 2022.

Kenyataan itu menambah kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa Singapura dan Hong Kong berdepan dengan “cabaran serupa sebagai bandar global di wilayah masing-masing”.

Kedua-dua pemimpin turut membincangkan cara kedua-dua bandar dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang merangkumi aspek seperti perdagangan dan pelaburan, seni dan budaya, inovasi dan penyelidikan.

Pemimpin itu juga mengalu-alukan penyambungan semula pertukaran antara perkhidmatan awam Singapura dan Hong Kong berikutan pandemik Covid-19, termasuk melalui Program Pertukaran Setiausaha Tetap.

MFA menambah sebagai pusat kewangan antarabangsa, kedua-dua bandar global tersebut menikmati kerjasama rapat meliputi sektor teknologi kewangan (fintech), perkongsian maklumat, serta hal-hal penyeliaan dan kawal selia.

Awal pada sebelah pagi, Encik Lee bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.

Encik Wong turut menjamu sarapan bersama Encik Lee.

Dalam pertemuan itu, mereka mengesahkan semula hubungan mesra antara Singapura dan Hong Kong serta bertukar-tukar pandangan tentang pelbagai isu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >